Jumaat, 19 Oktober 2012

Nilai Karamah

بسم الله الرحمن الرحيم

Hidayah Allah. Indah tidak terkata. Mutiara kehidupan yang tidak semua memilikinya.
Perubahan. Dari buruk kepada baik. Dari baik kepada lebih baik.

Hati telah diketuk. Bahawa Syurga itu indah. Dan tidak tertanggung rasanya api yang suhunya tinggi berkali ganda dibanding dengan api di dunia.

Wahai pemilik hati suci..

Perubahan ini syumul. Syumul itu menyeluruh.

Bukan setakat dahulunya aku sering meninggalkan solat, dan hari ini aku tak pernah lupa untuk menunaikan solat.
Bukan setakat dahulunya aku tidak pernah kenal apa itu puasa sunat, dan hari ini aku bersemangat puasa setiap hari Isnin & Khamis.
Bukan setakat dahulunya aku suka tengok movie di Youtube, dan hari ini aku ternanti-nanti video ceramah agama.

Bagaimana pula akhlakmu?
Bagaimana dengan kalam (kata-kata) mu?
Bagaimana hubunganmu dengan manusia lain?

Ingatlah..
Seburuk-buruk mana pun perangainya, tidak layak untuk kita menghukum dia dengan kata-kata yang menggugat jiwanya.
Zahirmu cukup sempurna, sejuk mata memandang tapi jagalah kalammu.
Jagalah hubunganmu dengan manusia lain.
Berubah ini bukan setakat luaran malah kebencian, dendam, hasad dengki dan riak perlu dihapuskan.

Ke mana kemuliaanmu tapi masih ingin bermusuh dengan manusia lain?

Janganlah terlalu mengejar Syurga tetapi lupa azabnya Neraka.

Carilah kemuliaan diri dengan cara yang betul agar kita mati dengan cara yang mulia.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Kuketepikan segala kesibukan dunia sementara. Semata-mata untuk mencari sesuatu yang mampu membersihkan hati dan membuka mata mindaku.

Tadabur ayat-ayatMu diiringi tiupan angin serta penglihatanku dilimpahi keindahan alam ciptaanMu.
Bahagia tidak terkata. Hati tenang disaluti kasihMu.

Bukalah kitabNya. Terdapat kasihNya di situ. AR-RAHMAN.

Allah menciptakan manusia. Hanya Dia yang menciptakan manusia tiada Tuhan lain selain Dia dan tiada makhluk lain yang mampu menandingi ciptaanNya.
Allah menciptakan tumbuh-tumbuhan. Bunganya harum. Buahnya ranum. Akarnya mencengkam Bumi.
Allah meninggikan langit. Allah membentangkan Bumi.
Allah juga menciptakan keseimbangan. Allah berpesan jangan kita merosakkan keseimbangan itu.

MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH KAMU DUSTAKAN?

Kita tidak lupa untuk makan. Enaknya apabila dihidangkan ikan, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kita tidak lupa untuk mandi. Kita tidak lupa untuk tidur. Kita tidak lupa untuk pergi bekerja.
Sedangkan kerehatan, kesegaran dan keupayaan itu semuanya datang daripada Allah.

Kadang-kadang kita lupa. Selalu leka. Selalu alpa.
Sedangkan Dia tidak berhenti mengingati hambaNya. Bukti? Masih tidak sedar dengan keegoan diri.
Astaghfirullahalazim.

NikmatNya tak pernah putus walau sedetik. Allah masih beri kehidupan.
Allah masih membuka pintu taubat. Kepada siapa nikmat itu diberikan?

Allah itu sentiasa penyayang. Jangan kita hancurkan kasih sayang ini kerana kasih sayang ini hingga ke SyurgaNya :)

MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH KAMU DUSTAKAN?

Selasa, 2 Oktober 2012

"Senyum ibu :)"

teringat kepenatan dia bekerja
teringat pengorbanan dia untukku
TERLALU BESAR
tak mampu nak membalasnya
selagi nyawa dikandung badan
akanku cuba membahagiakanmu selagi mampu

***



TADAAA!!! happy birthday ibu :D

Semoga ibu sentiasa dirahmati Allah Taala dan diberi kesihatan yang baik.
MISS YOU, IBU !

Sempat lagi buat favourite cake ibu tapi Along makan dengan kawan-kawan kat sini.
carrot cake

Rendang Udang Ibu. ehh terindu pula lauk ni..

ibu. hanya satu di dunia.


ibu & her boyfriend until Jannah. ameen..

comel tak anak-anak ibu?? hehe

WE LOVE YOU !

Selasa, 26 Jun 2012

MERUNGUT. IMAN DOWN.

بسم الله الرحمن االرحيم

Pagi-pagi bergegas ke kelas Bahasa Arab. Terserempak dengan adik junior. Gembira. Ada teman pergi kelas.

Masing-masing fokus perjalanan ke kelas, tiba-tiba nampak seekor anak kucing di tengah-tengah lorong di mana banyak manusia berjalan ketika itu. Keadaannya sedih, kotor, sendirian tidak berteman, ibu tiada di sisi dan matanya tertutup rapi.

Manusia yang tak berani (bukan takut) dengan kucing berjalan jauh sambil hati berkata, "Kucing ni tak bergerak ke? Dia tidur ke? Dah mati ke? Tak mungkin dengan keadaannya seperti bersujud."

"Kenapa dengan kucing ni? Peliknya." Orang sebelah menjawab, "Kucing ni butalah, kak."

Masih sambung berjalan untuk mengejar masa. Sayup melihatnya dengan menoleh ke belakang.

Rasa bersyukur yang tak terhingga kepada Allah.

Kagum melihat kucing itu. Tidak merungut. Masih meneruskan hidupnya. Allah sudah siapkan syurga untukmu. Semoga berbahagia di sana dengan kelazatan di dalamnya, kucing.

Tak mampu nak pelihara. Rasa serba salah. Astaghfirullah.


***

Merungut tak awet muda. 

Pagi-pagi datang kelas dapat duduk depan. Seronok. Sebelum ini, berpeluang duduk baris ketiga atau keempat.

Tak lama sangat tunggu. 15 minit. Kawan-kawan Arab mula keluar. Ma fi muhadarah (tak ada kuliah).

Mungkin ada yang cot cet cot cet. "Baik sambung tidur je tadi." "Buat penat je jalan jauh-jauh pergi kelas."

Haih, pemuda... Anda patut rasa rugi. Badan sihat. Muda lagi. Awal pagi dah merungut.

Mesti sebelum pergi kelas tak niat betul-betul ni. 

Merungut lagi negatifkan suasana dan menampakkan lagi muka bangun tidur. Berkerut-kerut, keluar urat-urat tua. Dah tak awet muda. Positifkan minda anda. Walaupun tak ada kelas, exercise pun jadilah. Badan pun sihat. Tak tidur pagi-pagi. Tidur selepas Subuh tak elok. Rezeki tak masuk.
Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Diriwayatkan al-Baihaqi)


Isnin, 25 Jun 2012

TAK NAK BERKARAT

Bukan karya sendiri. - Gambar Hiasan

Muak idea yang dulu. Tak nak zon yang selesa. Rasa tercabar melihat bakat orang lain. Mahukan perubahan.

BERANI UNTUK MENCUBA. kedaigambar@photoshop

ANDA BOLEH MEMILIH

ANDA BOLEH MEMILIH


Teringat kata-kata sahabat semasa zaman sekolah menengah. HIDUP INI SATU PILIHAN.

Menarik.

Kehidupan itu kita mampu lukis dan warna sendiri.

Perlu beringat kehidupan dunia hanya singgahan kerana ada hari akhirat yang akan kita hidup kekal selamanya di sana.

Di singgahan ini, Allah sudah mengutuskan Nabi dan Al-Quran untuk dijadikan qudwah (contoh) serta panduan.

Di singgahan ini, Allah sudah siapkan panduan ke syurga. Terlalu banyak. Allah ceritakan pada kita kenikmatan syurga dan keperitan neraka.

Mana yang kita nak pilih? Bagaimana nak memilih?

Kita pasti mahukan yang terbaik. Jalan takwa pasti boleh membantu ke arah lebih baik.

InshaAllah, akan dikongsikan.

OUR TARGET NOW IS TAKWA.

KEMENANGAN YANG PERLU DIISI

الحمد لله , الحمد لله , الحمد لله

Kami nak sangat melihat sendiri secara langsung tapi apakan daya tak mampu nak menanggung bil internet yang melambung-lambung nanti. Hanya menanti status-status yang akan keluar di wall Facebook. Saat yang paling dinanti-nanti telah diumumkan semalam.

"Dr Muhammad Mursi ditabalkan sebagai Presiden Mesir yang baru"

Sujud syukur kami buatmu Ya Allah. Menangis kegembiraan. Housemate rasa macam hari raya, katanya. 


bendera mesir

berita al-jazeera : morsi wins

Dr Muhammad Mursi

bushra fb

Tahniah Dr Muhammad Mursi. Kemenangan ini perlu diisi tetapi bukan mudah untuk mengisi. Harapan lagi agar lebih berhati-hati dengan agenda mereka dan atur agenda kita dalam menegakkan Islam di muka Bumi. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat seluruh negara dan umat Islam.

*Tak nak tertinggal dalam menulis sejarah bermakna ini. Semoga menjadi inspirasi :)