Sabtu, 13 Oktober 2012

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Kuketepikan segala kesibukan dunia sementara. Semata-mata untuk mencari sesuatu yang mampu membersihkan hati dan membuka mata mindaku.

Tadabur ayat-ayatMu diiringi tiupan angin serta penglihatanku dilimpahi keindahan alam ciptaanMu.
Bahagia tidak terkata. Hati tenang disaluti kasihMu.

Bukalah kitabNya. Terdapat kasihNya di situ. AR-RAHMAN.

Allah menciptakan manusia. Hanya Dia yang menciptakan manusia tiada Tuhan lain selain Dia dan tiada makhluk lain yang mampu menandingi ciptaanNya.
Allah menciptakan tumbuh-tumbuhan. Bunganya harum. Buahnya ranum. Akarnya mencengkam Bumi.
Allah meninggikan langit. Allah membentangkan Bumi.
Allah juga menciptakan keseimbangan. Allah berpesan jangan kita merosakkan keseimbangan itu.

MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH KAMU DUSTAKAN?

Kita tidak lupa untuk makan. Enaknya apabila dihidangkan ikan, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Kita tidak lupa untuk mandi. Kita tidak lupa untuk tidur. Kita tidak lupa untuk pergi bekerja.
Sedangkan kerehatan, kesegaran dan keupayaan itu semuanya datang daripada Allah.

Kadang-kadang kita lupa. Selalu leka. Selalu alpa.
Sedangkan Dia tidak berhenti mengingati hambaNya. Bukti? Masih tidak sedar dengan keegoan diri.
Astaghfirullahalazim.

NikmatNya tak pernah putus walau sedetik. Allah masih beri kehidupan.
Allah masih membuka pintu taubat. Kepada siapa nikmat itu diberikan?

Allah itu sentiasa penyayang. Jangan kita hancurkan kasih sayang ini kerana kasih sayang ini hingga ke SyurgaNya :)

MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH KAMU DUSTAKAN?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan