Jumaat, 19 Oktober 2012

Nilai Karamah

بسم الله الرحمن الرحيم

Hidayah Allah. Indah tidak terkata. Mutiara kehidupan yang tidak semua memilikinya.
Perubahan. Dari buruk kepada baik. Dari baik kepada lebih baik.

Hati telah diketuk. Bahawa Syurga itu indah. Dan tidak tertanggung rasanya api yang suhunya tinggi berkali ganda dibanding dengan api di dunia.

Wahai pemilik hati suci..

Perubahan ini syumul. Syumul itu menyeluruh.

Bukan setakat dahulunya aku sering meninggalkan solat, dan hari ini aku tak pernah lupa untuk menunaikan solat.
Bukan setakat dahulunya aku tidak pernah kenal apa itu puasa sunat, dan hari ini aku bersemangat puasa setiap hari Isnin & Khamis.
Bukan setakat dahulunya aku suka tengok movie di Youtube, dan hari ini aku ternanti-nanti video ceramah agama.

Bagaimana pula akhlakmu?
Bagaimana dengan kalam (kata-kata) mu?
Bagaimana hubunganmu dengan manusia lain?

Ingatlah..
Seburuk-buruk mana pun perangainya, tidak layak untuk kita menghukum dia dengan kata-kata yang menggugat jiwanya.
Zahirmu cukup sempurna, sejuk mata memandang tapi jagalah kalammu.
Jagalah hubunganmu dengan manusia lain.
Berubah ini bukan setakat luaran malah kebencian, dendam, hasad dengki dan riak perlu dihapuskan.

Ke mana kemuliaanmu tapi masih ingin bermusuh dengan manusia lain?

Janganlah terlalu mengejar Syurga tetapi lupa azabnya Neraka.

Carilah kemuliaan diri dengan cara yang betul agar kita mati dengan cara yang mulia.

1 ulasan: