Selasa, 26 Jun 2012

MERUNGUT. IMAN DOWN.

بسم الله الرحمن االرحيم

Pagi-pagi bergegas ke kelas Bahasa Arab. Terserempak dengan adik junior. Gembira. Ada teman pergi kelas.

Masing-masing fokus perjalanan ke kelas, tiba-tiba nampak seekor anak kucing di tengah-tengah lorong di mana banyak manusia berjalan ketika itu. Keadaannya sedih, kotor, sendirian tidak berteman, ibu tiada di sisi dan matanya tertutup rapi.

Manusia yang tak berani (bukan takut) dengan kucing berjalan jauh sambil hati berkata, "Kucing ni tak bergerak ke? Dia tidur ke? Dah mati ke? Tak mungkin dengan keadaannya seperti bersujud."

"Kenapa dengan kucing ni? Peliknya." Orang sebelah menjawab, "Kucing ni butalah, kak."

Masih sambung berjalan untuk mengejar masa. Sayup melihatnya dengan menoleh ke belakang.

Rasa bersyukur yang tak terhingga kepada Allah.

Kagum melihat kucing itu. Tidak merungut. Masih meneruskan hidupnya. Allah sudah siapkan syurga untukmu. Semoga berbahagia di sana dengan kelazatan di dalamnya, kucing.

Tak mampu nak pelihara. Rasa serba salah. Astaghfirullah.


***

Merungut tak awet muda. 

Pagi-pagi datang kelas dapat duduk depan. Seronok. Sebelum ini, berpeluang duduk baris ketiga atau keempat.

Tak lama sangat tunggu. 15 minit. Kawan-kawan Arab mula keluar. Ma fi muhadarah (tak ada kuliah).

Mungkin ada yang cot cet cot cet. "Baik sambung tidur je tadi." "Buat penat je jalan jauh-jauh pergi kelas."

Haih, pemuda... Anda patut rasa rugi. Badan sihat. Muda lagi. Awal pagi dah merungut.

Mesti sebelum pergi kelas tak niat betul-betul ni. 

Merungut lagi negatifkan suasana dan menampakkan lagi muka bangun tidur. Berkerut-kerut, keluar urat-urat tua. Dah tak awet muda. Positifkan minda anda. Walaupun tak ada kelas, exercise pun jadilah. Badan pun sihat. Tak tidur pagi-pagi. Tidur selepas Subuh tak elok. Rezeki tak masuk.
Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Diriwayatkan al-Baihaqi)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan