Sabtu, 23 Jun 2012

KITA YANG DIHIJABKAN

Kehangatan UEFA EURO 2012. Tidak mahu ketinggalan. Tak kira Adam ataupun Hawa. Spain vs France petang ini bersiaran secara langsung. "GOL" menjadi sorakan utama.

EURO 2012


Mereka sedang mengalihkan perhatian kita kepada BOLA. Hanya sebiji bola kecil kita hampir terlupa isu besar yang melanda umat Islam.

Jangan kita mudah dihijabkan (ditutupkan) daripada isu umat Islam di negara lain sehingga kita tidak tahu nasib apa yang mereka perlu hadapi selepas ini.

***
Apa yang berlaku di Mesir ?

PILIHANRAYA MESIR

Plihanraya Mesir : Dr Muhammad Hesymat, ahli majlis Syura Ikhwan Muslimin menyatakan bahawa rekod keputusan pilihanraya telah ditandatangani oleh SPR dengan kemenangan Dr Mursi sebagai Presiden baru.

Pengumuman keputusan tersebut mungkin akan diumumkan pada petang Sabtu (hari ini) atau petang Ahad (esok) kerana SPR menolak memberikan waktu yang tepat untuk pengumuman tersebut.


PILIHANRAYA MESIR FB

Mahukan update yang terbaru, bolehlah like page Pilihanraya Mesir di Facebook.

***
Apa pula khabar saudara di Gaza?

GAZA

AL-AQSA

***
Bagaimana keadaan Syria pula?

SYRIA

SYRIA GOOGLE

"Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukankah mereka daripada kalangannya"
*** 
Isu yang mengejutkan. Tidak jauh dari Malaysia. Nasib mereka yang berada di Myanmar. 

Umat Islam di Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakenese.
Kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :
a)      Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.
b)     Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan
c)      Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.
d)     Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran
e)      Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan
f)       Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar
g)      Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.
h)     Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.

Penderitaan yang lama mereka pendam membuatkan mereka mula mengambil bot-bot untuk berhijrah tempat yang tidak mengancam mereka. Mereka mendarat di negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Malaysia dan sebahagiannya di Australia. Alangkah sedihnya apabila dapat tahu mereka ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.
Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status 'Pelarian Sementara Bangsa-Bnagsa Bersatu (PBB)', sehingga negara-negara lain bersetuju mengambil mereka buat sementara. Ke mana hilang sikap empati umat Islam seluruh dunia?
ROHIGNYA 1

ROHIGNYA 2

ROHIGNYA 3

ROHIGNYA 4

ROHIGNYA 5

ROHIGNYA 6

Muslim di Rohingya mempunyai TIGA pilihan iaitu sama ada kekal di tanah air mereka dengan risiko terus dibunuh, berlayar ke tengah lautan dengan risiko lemas dan menjadi pelarian jika diterima negara berkenaan.

Siapa lagi yang boleh menghulurkan bantuan kalau bukan kita. Apakah sumbangan kita?
Berdoalah buat kesejahteraan seluruh umat Islam dan ambil peduli tentang isu kita ini.
Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencinta, saling mengasihi dan saling menyayang, bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa sakit, tidak dapat tidur dan terasa demam.”
[Hadith Riwayat Muslim]

3 ulasan:

  1. kak kinah kembali ! suka :)

    nice post :) kena muhasabah diri ni banyak-banyak. insyaAllah ^^

    BalasPadam
  2. humairamahpa
    angah, rasa rugi tidak dikognsi. blog ni muhasabah utk kak long. orang yang tulis ni lagi kena batang hidung sendiri. ye dokk?

    adik hanisah
    afwan. peringatan itu sangat perlu ibarat laptop dan phone yang perlu dicas :)

    BalasPadam